assalammualaikum..
-tiada kene mengena antara yang hidup atau mati-
aku capai segala yang ada di atas meja. perlahan-lahan mengundurkan diri dari tempat sunyi itu. hati aku terdetik satu perasaan cemburu. ya, CEMBURU. masakan tidak. jika dulu aku juga sering dimanja begitu. sering ditemani selalu tetapi kini ke mana sahaja bersendiri. tiada lagi teman mahu pun usikan yang buat aku tersenyum girang.
alamak, hujan pula. aku geledah beg tangan yang mengandung seribu satu isi di dalamnya. sebut sahaja apa yang kau mahu. pasti ada. aku buka payung berwarna hijau itu. meredah hujan yang semakin lebat membasahi bumi. sendiri. ya, sendiri lagi. tiada lagi aksi berebut payung. mahu pun kejar-mengejar dalam kebasahan hujan. akibatnya, walaupun berpayung, aku dan dia tetap sampai di rumah masing-masing dalam keadaan basah kuyup.
perlahan-lahan airmata menitis. bersatu dalam rintik hujan yang semakin mengganas. masih jauh kaki harus menapak. makin kabur pandangan dek kerana airmata yang bergenang. kabur terkena tempias kenangan silam yang indah itu. aku berhenti seketika. menarik nafas panjang dan beristighfar. sedaya upaya memujuk diri agar berhenti menyalahi takdir. anggap sahaja apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.
usai solat maghrib, bumbung rumah masih kuat melagukan rentak hujan. aku termenung di birai tingkap. memandang setiap titis rahmat itu. basah juga muka bila angin kencang bertiup. aku paling takut ribut. namun saat itu ketakutan seolah-olah tiada makna bagi aku. kebisingan dek keharmonian irama semulajadi seolah-olah sebati dengan lagu yang dinyanyikan hati.
mengapa ada derita
saat bahagia tercipta
mengapa ada sang hitam
bila putih menyenangkan
Friday, November 5, 2010
Thursday, November 4, 2010
BILA HUJAN TURUN...
assalammualaikum..
bila hujan turun..
aku tidak betah duduk di bilik..
dada rasa sakit..
mula batuk-batuk..
hanya mampu terbaring sahaja..
tapi itu juga serba tak kene..
sbb bantal rendah sangat..
agak menganggu sistem pernafasan..
kadang-kadang kedengaran juga 'wheezing' sound..
biarpun dah banyak kali ke doktor dan mereka tidak percaya aku ada asma..
bila hujan turun..
t-shirt biasa pakai kat rumah tidak cukup hanya satu lapis..
tidur juga sudah berselimut penuh..
kipas tidak lagi menetap di satu tempat..
berpusing-pusing membawa angin dingin ke serata bilik..
dan punat yang ditekan bukan paling atas..
tapi kedua dari bawah..
bila hujan turun..
kerap sangat terjaga tengah malam..
sebab dada terasa semacam nak pecah..
nak menangis tapi airmata tidak mahu keluar..
nak menjerit tapi suara tersekat hanya di situ..
minyak angin yang baru beli seminggu lalu..
kini di tengahnya sudah kosong..
bila hujan turun..
mutiara jernih itu pasti turun mengalir..
kerana mengingati segala detik indah itu..
yang kini bertukar menjadi kenangan paling sukar dilupakan..
berteleku sendirian di kamar sambil memujuk diri sendiri..
bila hujan turun...

![]() |
p/s 1:di malaysia sedang musim hujan..dan di jakarta juga..aku doakan keselamatan rakyat msia yg di utara sana.. semoga semuanya selamat sahaja..buat adik2 yg nk spm tu dan terlibat dalam bencana alam..tabahkan hati ok?anggap sahaja hujan yg turun itu ada rahmat bagi kalian...
p/s 2: oh,aku dh ada payung!! beli kt jalan nk pegi angkut kt cl.. aku beli 20k tapi bila aku beli utk afiq maslan, jadi 13k.. ceit!
Tuesday, November 2, 2010
AKU RINDU
assalammualaikum..
dalam bilik,sendirian.. termangu.. baring.. pandang siling.. kosong.. tengok jam dh lewat.. mata masih terkebil-kebil.. lagu yang menemani sejak tadi dari rancak kini bertukar sayu..
jiwa: aku rindu..
hati: rindu pada siapa?
jiwa: pada mereka..
hati: siapa?
jiwa: mereka.. mereka.. dan mereka..
hati: dah tu.. buat la apa yg patut..
jiwa: apa?
hati: call?
jiwa: *diam*
hati: tulis surat?
jiwa: *membisu*
hati: kenapa diam?
jiwa: sebab aku ragu..
hati: kau takut?
jiwa: ya...
hati: masih belum bersedia?
jiwa: ya..
hati: KAU EGO
meraup muka.. melangkah perlahan ke bilik air.. berwudhuk.. solat tenangkan hati.. menangis di tikar sejadah..
p/s: bila hati dan jiwa saling bertingkah, manusia jadi keliru.. selagi denyut nadi masih teraba, aku tidak akan berhenti mencintai dan merindui..

Thursday, October 28, 2010
BIARKAN DI PERGI...
Assalammualaikum..
bersendirian menelusuri jalan raya yang semakin sibuk. kadang-kadang terleka melayan perasaan sampai tidak perasan kehadiran kenderaan yang bertali arus. sedikit berganjak ke tepi. lalu naik ke tempat khas pejalan kaki. pandang sekeliling. tiada siapa yang dikenali. tunduk lagi. airmata menitis. hati merintih. jiwa meronta.
hati: biarkan dia pergi. jangan ditangisi.
jiwa: terlalu sayang. tak sanggup nak tengok dia hilang.
hati: mencintai tak semestinya memiliki.
jiwa: harus melepaskan walaupun tak rela? menanggung derita setelah bahagia bertahun lama?
hati: kau pasti akan bahagia apabila melihat dia gembira
jiwa: tidak! aku sengsara! ingin dia kembali!
hati: dan mengalah pada mereka yang ingin lihat kau berjaya?
jiwa: aku tak pernah gagal ketika bersama dia!
hati: kau pasti? kau yakin?
jiwa: bukti sudah ada. apa lagi yang kau mahu?
hati: kau mungkin bahagia dengan dia.. tapi kau terseksa dengan yang lain
jiwa: sbb itu aku mahu keduanya..
hati: tapi kini kau harus memilih salah satu
jiwa: tidak! aku tidak memilih.. tapi aku melepaskan keduanya!
hati: naluri manusia perlukan salah satu..
jiwa: akan aku buktikan aku mampu tanpa mereka!
hati: DEGIL. KERAS KEPALA. TAKNAK DENGAR CAKAP ORANG.
jiwa: ................
perbalahan yang tiada penghujung. akhirnya jasad yang menanggung derita.

Saturday, October 23, 2010
KAD ATM YG BENGONG!!
assalammualaikum..
maaf pada sesiapa yg terperasan aku mendeletekan blog ni.. walau tidak ramai yg membaca tapi aku tahu yg membaca tu prihatin dengan hidup aku!! terima kasih kamu!
ok2.. balik pada tajuk.. seriously!! aku rasa aku tak ada jodoh la dengan si "kad atm" ni.. dah berapa kali ntah peristiwa yang tidak diingini berlaku.. haish!! bukan cuma dengan satu bank, tapi aku rasa dah 2,3 kali dah kad aku dari bank yg berbeza buat hal.. helloo!! kad je pun.. tp bermakna kot utk mahasiswa seperti aku dan kamu. betul kan?
semalam adalah tarikh yang dijangka elaun akan masuk.. dari pagi duk mengadap internet banking.. memeriksa baki akaun yang cuma tinggal seciput tu.. hehehe.. dan entah kenapa rajin benau aku keluar minggu ni.. semalam ke t.a seterusnya ke cp bersama anna harun. usai solat zohor di sana, tergerak hati nak check baki akaun di atm pulak..
masuk kad...
pilih bahasa.. *english of course!*
masuk password..
tettt!! tettt!! tetttt!!! *serius bising!*
maaf pada sesiapa yg terperasan aku mendeletekan blog ni.. walau tidak ramai yg membaca tapi aku tahu yg membaca tu prihatin dengan hidup aku!! terima kasih kamu!
ok2.. balik pada tajuk.. seriously!! aku rasa aku tak ada jodoh la dengan si "kad atm" ni.. dah berapa kali ntah peristiwa yang tidak diingini berlaku.. haish!! bukan cuma dengan satu bank, tapi aku rasa dah 2,3 kali dah kad aku dari bank yg berbeza buat hal.. helloo!! kad je pun.. tp bermakna kot utk mahasiswa seperti aku dan kamu. betul kan?
masuk kad...
pilih bahasa.. *english of course!*
masuk password..
tettt!! tettt!! tetttt!!! *serius bising!*
"YOUR ACCOUNT ARE NOT IN OUR FINANCIAL DATABASE"
what the??? *ok...aku tak pandai mencarut.. hehehe*
dua tiga kali aku cuba..
salah pasword barangkali..
still.. benda yg sama duk keluar kt screen tu...
ana pula mencuba..
dia boleh!!!
ini tidak adil!! hehehe..
mujur cawangan bank kad tersebut ada kat mall tu..
so, kami pun menuju ke bank tersebut..
punya la si kakak kaunter ni minta aku yakinkan dia yg kad tu aku leh guna sblom ni..
sampai terkeluar loghat bahasa tanah air tercinta..
nk tau apa conclusion yg aku dpt akhirnya??
mbak: ini barangkali ada yang terdelete no akaun kamu.. kad ini sepertinya tidak terdaftar.. ada yang terdelete ini.. tapi ngak tau customer service dari mana yang deletenya..
ok..sampai situ sahaja penerangan yang masuk otak aku.. cis! elaun aku nak masuk la!! suka-suka hati je delete no kad aku.. adoooiiii!!
kene buat kad baru.. buku bank tidak bawa semalam. tiga hari tanpa henti aku keluar ke mall. sudah jatuh cinta dengan taman central park..
kawan: romantik betul tempat ni.. tengok tu.. datang berdua.. ala.. sweetnye la..
*ada sapa2 sudi jadi pakwe aku buat sementara?? hehehe.. gurau saja*
Thursday, October 14, 2010
[nestapa]
Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan
assalammualaikum...
hoi3.. aku suka sangat-sangat dengan lagu ni..
tapi tak kesampaian nak tengok kt panggung wayang..
sape swoh tayang time aku dh balik jakarta~
ada dua versi, dua2 aku suka..
first time aku dgr, lirik tak ada kene mengena dengan aku..
tapi sekarang??
umur? matang?
assalammualaikum..
teringin berkongsi sesuatu..
yang selalu meninggalkan tanda tanya..
apa erti MATANG?
kematangan..
satu perkataan yang sering diungkap insan sekeliling..
tapi perlukah kematangan itu diukur dari satu atau dua nombor yang dipanggil UMUR?
apakah umur menjadi jaminan bahawa seseorang itu sudah matang?
bila kita lihat seseorang berlagak dewasa..
dengan tutur kata yang sopan dan tersusun, kita anggap dia sudah matang..
bila kita lihat seseorang mengendalikan sesuatu tanggungjawab dengan bagus dan terlaksana,
kita puji dia sudah matang..
tapi,
apa makna kematangan itu yang sebenarnya?
apabila sudah melihat dunia dari sudut yang berbeza?
atau apabila sudah pandai berdikari dan berdiri atas dua kaki sendiri?
aku bertanya pada seseorang..
yang mengenali aku hanya seimbas lalu..
hanya lewat telefon atau ym sahaja..
lalu aku tanyakan padanya..
apa erti matang?
seorang insan..
berusia 25 tahun..
lelaki..
masih menuntut..

"matang tu bila kita dh boleh buat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang lain.. kematangan seseorang tak boleh kita nilai dalam cuma sehari dua usia perkenalan.. "
Subscribe to:
Posts (Atom)