Assalammualaikum..
bersendirian menelusuri jalan raya yang semakin sibuk. kadang-kadang terleka melayan perasaan sampai tidak perasan kehadiran kenderaan yang bertali arus. sedikit berganjak ke tepi. lalu naik ke tempat khas pejalan kaki. pandang sekeliling. tiada siapa yang dikenali. tunduk lagi. airmata menitis. hati merintih. jiwa meronta.
hati: biarkan dia pergi. jangan ditangisi.
jiwa: terlalu sayang. tak sanggup nak tengok dia hilang.
hati: mencintai tak semestinya memiliki.
jiwa: harus melepaskan walaupun tak rela? menanggung derita setelah bahagia bertahun lama?
hati: kau pasti akan bahagia apabila melihat dia gembira
jiwa: tidak! aku sengsara! ingin dia kembali!
hati: dan mengalah pada mereka yang ingin lihat kau berjaya?
jiwa: aku tak pernah gagal ketika bersama dia!
hati: kau pasti? kau yakin?
jiwa: bukti sudah ada. apa lagi yang kau mahu?
hati: kau mungkin bahagia dengan dia.. tapi kau terseksa dengan yang lain
jiwa: sbb itu aku mahu keduanya..
hati: tapi kini kau harus memilih salah satu
jiwa: tidak! aku tidak memilih.. tapi aku melepaskan keduanya!
hati: naluri manusia perlukan salah satu..
jiwa: akan aku buktikan aku mampu tanpa mereka!
hati: DEGIL. KERAS KEPALA. TAKNAK DENGAR CAKAP ORANG.
jiwa: ................
perbalahan yang tiada penghujung. akhirnya jasad yang menanggung derita.
No comments:
Post a Comment