Monday, March 21, 2011

bola itu bulat dan bergolek-golek

assalammualaikum..

huhuhuhu!!! aku tak pernah minat bola.. dan tak pernah faham kenapa orang minat tengok bola sampai sanggup bangun pukul 3-4 pagi..

aku cuma tengok bola bila ada acara penting macam piala suzuki yang lepas.. tu pun tau bersorak bila masuk gol!! hahaha..

dan semalam aku ke grand futsal kuningan untuk acara futsal tajaan pkpmi.. sekadar penyokong team junsen hooperz.. tu pun sekali lagi hanya mampu bersorak kemenangan bila goolllll!!! hahahaha..

lasak jugak kawan-kawan aku ni.. jangan ingat student medik kejenya mengadap buku sahaja 24 jam.. mereka pun pandai bersukan tau! salute dengan korang.. walau pun berlatih cuma tiga kali dan banyak halangan sebab asyik hujan memanjang, tapi korang tetap the best di mata aku..

nanti kalau ada masuk pertandingan lagi, aku siapkan banner ngan pom-pom girls ek!! hahahaha..


Saturday, March 19, 2011

GIVE UP!!!

assalammualaikum..

nak berundur tapi serasa tak berdaya..
nak melangkah ke depan tapi seperti ada sesuatu yang menghalang..
menoleh ke kiri, kosong..
menoleh ke kanan, kosong..

di depan ada dua simpang..
mengapa harus memilih?
jika kekal di situ mungkin akan mati layu..
tapi jika maju, tidak pasti apa yang di depan!

payahnya hidup tanpa tujuan..

dia menggenggam tangan ini erat-erat..
dia dorong langkah kaki aku satu persatu..
dan dia bawa aku ke lorong itu..
penuh duri-duri kasar yang rakus mengasari kaki..
perit! perih!
tapi dia masih setia di sisi..
pegangan tangan tidak jua dilepas..
senyuman di bibir masih terukir walau dia turut disakiti..

penghujungnya masih jauh..
suasana yang kelam dengan awan yang mendung kini beransur pergi..
matahari bersinar terang..
dan kini, aku juga mampu tersenyum..
bunga disekeliling harum mewangi..
buat langkah kaki semakin ringan..

aku ingin berhenti..
mengeraskan masa untuk terus dibuai rasa..

Friday, March 18, 2011

~berat rasa hati nak berpisah~

assalammualaikum..

saya adalah seorang perantau.. oleh itu saya sering ulang alik dari jakarta ke malaysia.. takde la sering mana pun.. kalau ada kesempatan~

perkara paling susah sekali bila nak berjauhan adalah detik perpisahan..
selalunya cuti dalam dua hingga tiga minggu..
nampak macam lamakan? tapi sebenarnya sekejap je!

bila dah start packing barang..
dah tukar beg dari kecil ke besar sampai gemuk macam nak meletup..
dah sorong beg letak kat ruang tamu..
saat tu dada terasa macam dihempap batu..
berat sangat..

bukan selalu dapat jumpa..
bukan selalu dapat bersama..
bukan selalu dapat bercerita sambil bersua muka..
bukan selalu dapat main kejar-kejar..
bukan selalu dapat main nyorok-nyorok..
bukan selalu dapat bertukar pengalaman..
bukan selalu dapat tidur berlonggok kat depan tv..

saat melangkah kaki keluar..
itulah detik paling menyakitkan..
airmata dah bertakung tapi tahan je..
biasa la.. ego tinggi melangit~
konon-konon macho, senyum-senyum, masih sempat buat lawak lagi..
tapi bila dah dalam bas menangis macam gila meroyan..
setitik demi setitik..
buat-buat pandang ke luar..
market nak tak nak kene jaga wooo!!!
hahaha~

"biarkan airmata itu mengalir.. jangan dihapus tanda kerinduan yang sudah berbalas"

detik paling memilukan adalah saat nak masuk check-in..
ni satu lagi hal..
bukan cuma sedih sebab nak berpisah dengan kekasih hati je..
tapi sedih sebab nak tinggalkan tanah tumpah darah...
Malaysia is the best and always in my heart..

waktu salam tangan masih boleh kontrol..
tapi waktu dengar kata-kata perangsang, cair sudah hati..
sudah berapa kali kita berpisah?
sudah berapa banyak cabaran yang kita hadapi?
tapi kamu tetap setia berada di situ menghantar saya pergi..
mana tak pilu hati ni ha~

dulu beria-ria nak belajar luar negara..
konon nak dapat lebih pengalaman..
oh, tobat! tobat!
kalau nak ke oversea pun lepas ni, cukup la sekadar bercuti..
bukan menjadi penetap sementara..



Wednesday, March 16, 2011

eh?? dah sem 4 la!

assalammualaikum..
welcome march!!

post yang lepas aku senaraikan banyak perkara yang berlaku dalam bulan februari...
tapi bulan mac adalah bulan yang paling menggembirakan!

- a big news for myself!
- a start of sem 4.. 3 more sem to go before entering 'koas' world..
- lulus sem 3! *yang paling banyak kene repeat paper tu..*

secara keseluruhannya, permulaan bulan 3 buat aku sentiasa tersenyum..
walaupun kadang-kadang rasa berdebar, gelisah, tapi tak sehebat dulu..
untuk sekarang, tiada lagi airmata kesedihan..
tiada lagi kerinduan yang tak tertanggung..
tiada lagi rintihan di dalam kegelapan..
seolah-olah Allah telah makbulkan doa aku selama ini!

semoga kegembiraan ini bertahan lama..
semoga tiada lagi orang ketiga antara kami..
semoga semuanya berjalan lancar..
semoga kalian yang lain juga bergembira!

kita tidak akan merasa manisnya sebuah kegembiraan jika kita tidak berada dalam kesedihan dan kegelapan..
kita tidak akan merasa manisnnya sebuah kejayaan jika tidak pernah melalui kegagalan..