teringin berkongsi sesuatu..
yang selalu meninggalkan tanda tanya..
apa erti MATANG?
kematangan..
satu perkataan yang sering diungkap insan sekeliling..
tapi perlukah kematangan itu diukur dari satu atau dua nombor yang dipanggil UMUR?
apakah umur menjadi jaminan bahawa seseorang itu sudah matang?
bila kita lihat seseorang berlagak dewasa..
dengan tutur kata yang sopan dan tersusun, kita anggap dia sudah matang..
bila kita lihat seseorang mengendalikan sesuatu tanggungjawab dengan bagus dan terlaksana,
kita puji dia sudah matang..
tapi,
apa makna kematangan itu yang sebenarnya?
apabila sudah melihat dunia dari sudut yang berbeza?
atau apabila sudah pandai berdikari dan berdiri atas dua kaki sendiri?
aku bertanya pada seseorang..
yang mengenali aku hanya seimbas lalu..
hanya lewat telefon atau ym sahaja..
lalu aku tanyakan padanya..
apa erti matang?
seorang insan..
berusia 25 tahun..
lelaki..
masih menuntut..
"matang tu bila kita dh boleh buat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang lain.. kematangan seseorang tak boleh kita nilai dalam cuma sehari dua usia perkenalan.. "
No comments:
Post a Comment