Sunday, April 28, 2013

yang tak terungkap

assalammualaikum... 

rindu.
sangat.
pada si dia.
esok genap 4 bulan.

sayang, 
terima kasih sebab hadir bawa cahaya baru
terima kasih untuk terima diri ini seadanya
terima kasih untuk sentiasa ada jatuh bangunnya wanita ini

u make me smile with this tiring schedule
u calm me down when i almost give up this career
u make me laugh when i stress with all the things happen in hospital
u hear my story everyday
u ask if i'm okay
u let me rest when i'm having not enough sleep
your are the one my dear
for me
we are meant to be for each other
you are my half

your words today
"kan abang dah janji masa lafaz akad nikah. abang dah janji akan jaga sayang. sayang tanggungjawab abang"

i wipe the happy tears. 
despite all the ups and downs, i'm happy with you now. 

thanks Allah for give me the best partner ever. 
and may He bless our marriage until Jannah.

i love you encik suami! 



Sunday, April 14, 2013

esok tentang aku dan dia.

assalammualaikum!!!

rajin ye sekarang update blog~
hahaha.. bila datang mood tu memang melimpah ruah.

esok encik suami cuti.
akan melawat kakak tersayang yang kene kanser.
di hospital putrajaya.
semoga baik hendaknya.

doktor bagi harapan pada keluarga.
tapi semoga keluarga bersiap menghadapi apa sahaja kemungkinan.
ini kanser tahap 4.
tapi ajal maut aku percaya di tangan Allah.

esok puan isteri akan ke mendaftar ke hospital tarakan.
dengan je dari rumah.
15 minit naik teksi kalau takde kesesakan lalu lintas (macet).
tapi debaran di hati semakin terasa.

sorang demi sorang dah berangkat menuju destinasi masing-masing.
dua sahabat aku sudah sampai di depok.
bertuah.
sahabat yang terus bersama.
aku doakan kejayaan kalian.
semoga banyak ilmu yang dapat dikongsi bersama.
biarkan jarak ini mencipta rindu yang hanya kita-kita sahaja mengerti.

housemate bakal ke koja.
ye. sendirian.
maksud aku, tanpa mereka.
tanpa geng yang havoc tu kononnya.

tiba masa untuk berdikari semula.
mencipta kenangan bersendirian.
harus lebih sabar.
yang ini pesakit betul.
bukan tipu-tipu lagi.
kali ini nyawa manusia di tangan kita.

rakan-rakan
teman-teman
sahabat-sahabat

batch 2009 universitas kristen krida wacana.

selamat menempuh alam klinikal!
selamat berjaya dalam mencari ilmu yang diredhaiNya.
semoga menjadi doktor muslim dan muslimah yang dirahmatiNya.

good luck!

n to myself,
sila belajar tahan rindu.
ala.. apa la sangat 10 minggu?

jupe lagi sebulan!
di hari konvo kita yang pertama!

Saturday, April 13, 2013

kamu buat aku tidak keruan sayang~

assalammualaikum..

"abang tak kisah kalau abang rindu. abang risau kalau awak yang rindu dekat abang nanti"

ya. serindu rindu dia pada aku tak separah rindu aku pada dia.
hampir tiada kerja yang menjadi nanti.
menghitung hari.
dan hari itu akhirnya tiba.

mengakhiri persediaan kelas untuk menjalani klinikal tamat sudah.
isnin ini akan ke tempat baru.
menempuh kehidupan pelajar perubatan yang sebenarnya.
berhadapan dengan pesakit yang sakit sesungguhnya.
bukan cuma lakonan.
bukan cuma baca skrip yang telah dikarang.

seminggu di koja dulu untuk pre-klinikal sudah cukup buat aku terseksa.
tiada internet.
hanya panggilan menjadi pengantara.
itu pun bukan setiap hari.
peritnya menahan rindu dengan memaniskan wajah.

aku harap semua ini berbaloi.
aku harap dengan kesepian yang melanda menyemai lebih rasa sayang.
aku harap kekosongan itu mengisi lebih rasa cinta.

abang, isterimu melanjutkan ke tahap seterusnya.
semoga abang terus di sisi menyokong dari jauh.

i love you.
n only you.

Thursday, April 11, 2013

warkah ini buat kakak

assalammualaikum

akak, masa aishah taip post ni akak tengah tido
kak S hantar whatsapp gambar akak tido
lepas makan bubur
alhamdulillah
akak berselera jugak makan

kak,
kita bergelar keluarga 3 bulan yang lepas
aishah jadi adik, akak jadi kakak
 terima kasih kak
sudi terima aishah dalam keluarga akak

kak,
ingat tak
sebelum kawin kita tak kamceng pun
mula-mula aishah tak tau kenapa
tapi sehari sebelum nikah, kak M ada bagitau
akak tak suka aishah sebab akak ingat aishah ni cuma nak main-mainkan adik akak
nak kikis duit adik akak
tak kak
kasih aishah pada adik akak ikhlas
aishah sayangkan adik akak sangat-sangat

lepas kawin
perangai akak terus berubah
akak layan aishah macam satu keluarga
akak suruh buat tu buat ni
akak tanya itu tanya ini
akak gelak
padahal sebelum tu
kita tak boleh bertembung pun
terima kasih kak

akak
kita baru je jadi rapat 3 bulan yang lepas
tiba-tiba harini akak hantar kat whatsapp group
"kanser hati tahap 4... ya Allah......."

kak,
masa tu aishah kat surau central park
baru lepas solat zohor
terus aishah whatsapp kak S
kat whatsapp group. adik beradik akak semua bagi semangat
ayat-ayat positif
aishah kagum
walaupun aishah tahu mereka faham apa maksud kanser tahap 4 tu

aishah msg dengan kak S
airmata dah bergenang
tiba-tiba rasa sebak kat dada
rasa sakit tahan sedih ni
masa tu kat hoka hoka bento dah
teman kawan makan

tiba-tiba,
salah seorang kawan tepuk bahu
"weyh, rilek ar"
mungkin dia perasan
dan airmata terus mengalir

kak,
aishah try nampak ok depan kawan-kawan
tapi lepas tu aishah kalah
hati rasa tak tenang
nak balik nak tengok akak
nak peluk
nak cakap
"jodoh pertemuan ajal maut di tangan tuhan. percayakan Dia. Dia tahu yang terbaik!"


malam aishah skype dengan adik akak
dia nampak tenang
tapi aishah tahu
aishah yang cuma adik ipar ni dapat rasa kesedihan itu
inikan pulak adik kandung
aishah tahan airmata depan dia
aishah buat dia gelak macam biasa
tapi aishah tahu dia risau

kak,
adik akak asyik suruh tanya kawan-kawan, senior dan pensyarah
tentang kanser stage 4 ni
walaupun aishah tahu apa jawapannya
aishah tanya juga
dan jawapan yang sama tetap diberi

kak,
aishah tahu akak kuat
akak kuat utk suami akak yang setia jaga akak
akak kuat untuk dua orang anak akak yang masih kecil lagi
akak kuat untuk lawan kanser stage 4 tu
kan kak?

kak,
kita usaha ok?
akak jangan patah semangat
aishah nk akak tengok aishah angkat sumpah tahun depan!
aishah nk buktikan yang aishah tak sia-siakan adik akak
akak tunggu aishah balik ok?

kak,
aishah takde kakak
masuk dalam keluarga tu
aishah dapat berkongsi sedikit kasih sayang seorang kakak
tunggu aishah ok?