Friday, November 5, 2010

BILA TIADA APA YANG TINGGAL SELAIN AIRMATA

assalammualaikum..


-tiada kene mengena antara yang hidup atau mati-




aku capai segala yang ada di atas meja. perlahan-lahan mengundurkan diri dari tempat sunyi itu. hati aku terdetik satu perasaan cemburu. ya, CEMBURU. masakan tidak. jika dulu aku juga sering dimanja begitu. sering ditemani selalu tetapi kini ke mana sahaja bersendiri. tiada lagi teman mahu pun usikan yang buat aku tersenyum girang.


alamak, hujan pula. aku geledah beg tangan yang mengandung seribu satu isi di dalamnya. sebut sahaja apa yang kau mahu. pasti ada. aku buka payung berwarna hijau itu. meredah hujan yang semakin lebat membasahi bumi. sendiri. ya, sendiri lagi. tiada lagi aksi berebut payung. mahu pun kejar-mengejar dalam kebasahan hujan. akibatnya, walaupun berpayung, aku dan dia tetap sampai di rumah masing-masing dalam keadaan basah kuyup.


perlahan-lahan airmata menitis. bersatu dalam rintik hujan yang semakin mengganas. masih jauh kaki harus menapak. makin kabur pandangan dek kerana airmata yang bergenang. kabur terkena tempias kenangan silam yang indah itu. aku berhenti seketika. menarik nafas panjang dan beristighfar. sedaya upaya memujuk diri agar berhenti menyalahi takdir. anggap sahaja apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. 


usai solat maghrib, bumbung rumah masih kuat melagukan rentak hujan. aku termenung di birai tingkap. memandang setiap titis rahmat itu. basah juga muka bila angin kencang bertiup. aku paling takut ribut. namun saat itu ketakutan seolah-olah tiada makna bagi aku. kebisingan dek keharmonian irama semulajadi seolah-olah sebati dengan lagu yang dinyanyikan hati.

mengapa ada derita
saat bahagia tercipta
mengapa ada sang hitam
bila putih menyenangkan



No comments: