Thursday, November 4, 2010

BILA HUJAN TURUN...

assalammualaikum..



bila hujan turun..
aku tidak betah duduk di bilik..
dada rasa sakit..
mula batuk-batuk..
hanya mampu terbaring sahaja..
tapi itu juga serba tak kene..
sbb bantal rendah sangat..
agak menganggu sistem pernafasan..
kadang-kadang kedengaran juga 'wheezing' sound..
biarpun dah banyak kali ke doktor dan mereka tidak percaya aku ada asma..


bila hujan turun..
t-shirt biasa pakai kat rumah tidak cukup hanya satu lapis..
tidur juga sudah berselimut penuh..
kipas tidak lagi menetap di satu tempat..
berpusing-pusing membawa angin dingin ke serata bilik..
dan punat yang ditekan bukan paling atas..
tapi kedua dari bawah..


bila hujan turun..
kerap sangat terjaga tengah malam..
sebab dada terasa semacam nak pecah..
nak menangis tapi airmata tidak mahu keluar..
nak menjerit tapi suara tersekat hanya di situ..
minyak angin yang baru beli seminggu lalu..
kini di tengahnya sudah kosong..


bila hujan turun..
mutiara jernih itu pasti turun mengalir..
kerana mengingati segala detik indah itu..
yang kini bertukar menjadi kenangan paling sukar dilupakan..
berteleku sendirian di kamar sambil memujuk diri sendiri..


bila hujan turun...


-aku rindu kamu.. sgt2!!-




p/s 1:di malaysia sedang musim hujan..dan di jakarta juga..aku doakan keselamatan rakyat msia yg di utara sana.. semoga semuanya selamat sahaja..buat adik2 yg nk spm tu dan terlibat dalam bencana alam..tabahkan hati ok?anggap sahaja hujan yg turun itu ada rahmat bagi kalian...

p/s 2: oh,aku dh ada payung!! beli kt jalan nk pegi angkut kt cl.. aku beli 20k tapi bila aku beli utk afiq maslan, jadi 13k.. ceit!

No comments: