kita mulakan dengan satu peristiwa yang terjadi petang tadi sebelum maghrib melabuhkan tirai..
"roxy!!! roxy!! roxy!! terus" suara garau milik si kecil..
"dua ribu kak.. dua ribu" sambil setia menggoncangkan tangan meminta tambang bas..
anak sekecil itu..
dikerah tenaga..
menjerit mencari perhatian si penumpang..
melihat dan mengatur pergerakan bas kala tersepit di tengah kekalutan jalan sempit..
berpegang pada gantung zip yang sengaja dijahit di tepi pintu..
bayangkan jika anak sekecil itu adik kita..
seakan mahu menitis airmata ini!!
bersyukur lah..
kanak-kanak seusia ini di tanah tumpah darahku masih seronok bergelumang dengan permainan..
masih berlari ke sana sini bermain bersama teman..
ada juga yang sudah dihantar ke taska untuk menuntut ilmu..
namun masih di bawah perhatian ibu bapa..
tapi adik ini..
bersemangat terus memperjuangkan hidup..
dia bukan yang pertama aku jumpa..
dia bukan yang pertama mempertarungkan jiwa untuk mencari sesuap nasi..
jangan ditanya ke mana keluarga mereka..
kerana aku juga masih tertanya..
panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi..
masih mampu bernafas..
dan hidup dalam keadaan sangat beruntung..
![]() |
| gambar ni bergoyang sbb bas tu mmg dasyat.. laju!! |
