Wednesday, November 30, 2011

bila saya sedih

assalammualaikum..

bila saya sedih..
saya akan duduk dalam bilik diam-diam..
saya akan nangis sorang-sorang..
saya akan cuba untuk muhasabah diri..

bila saya sedih..
kadang-kadang sampai tersedu sedan..
memikirkan apa salah saya sehingga dapat layanan sebegini..

bila saya sedih..
saya cuba dapatkan jawapan dari Allah..
supaya hati saya tenang kembali..

bila saya sedih..
saya pegi jupe pak tam dan manja..
walaupun mereka tak paham..
tapi sekurang-kurangnya meredakan sedikit..

bila saya sedih..
saya pegi jalan sorang-sorang..
saya perhatikan orang sekeliling..
mereka boleh bahagia kenapa tidak saya..

lalu saya senyum dalam genangan air mata..

mungkin semalam saya gembira..
tapi hari ini saya sedih..
lumrah alam..
sekejap di atas..
sekejap di bawah..

mungkin salah saya jadi saya harus minta maaf..
mungkin salah dia jadi saya harus memaafkan..

tapi bila saya masih sedih..
saya akan pergi pada dia..
saya berdiri tanpa kata..
dan dia tarik saya ke dalam pelukan dia..
tanpa kata-kata, dia faham apa saya rasa..

Thursday, November 3, 2011

setelah hampir sebelas tahun

assalammualaikum..

setelah hampir 11 tahun tanpa berita kehilangan, terjaga sahaja dari tidur, aku terima satu berita sedih..
to' ki (atuk belah ayah) telah pun menyahut seruan Illahi.. kembali kepada Pencipta. terdiam, terkelu..
perlahan airmata menitis..

walaupun kadang-kadang aku tak paham apa yg to' ki cuba sebut tapi aku tetap sayang..
walaupun aku jarang balik, tapi aku tetap ingat..
dan aku berniat nak balik melawat arwah yang memang sedang sakit buah pinggang cuti krismas ni tapi ajal lebih awal telah menjemputnya..

berjurai air mata tak berhenti.. hampir bertahun tak bertemu dan untuk terakhir kali juga aku tidak dapat menatap muka itu.. yang tinggal nanti, hanya sebuah pusara..

esok exam integrasi.. pasport takde sebab nk perpanjang kittas.. hati aku meronta nak balik!!

untuk seisi keluarga terutama utk ayah aku, tabahkan hati..
Al-Fatihah untuk to' ki..
semoga semuanya berjalan lancar..

oh, air hujan sedang mencurah turun..
utk kesekian kalinya, hujan itu mencurah dengan deraian airmata aku..

semoga to' ki ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..