assalammualaikum..
tersedar dari mimpi. takut. seram sejuk badan. petanda apakah ini? lena aku jarang dikunjungi sang mimpi. melainkan jika fikiran memang sedang runsing berat. lampu aku nyalakan di tengah malam itu. eh,bukan. di awal pagi. jam pendek yang menunjukkan ke angka tiga buatkan niat aku untuk tidur semula terbantut. perlahan-lahan aku bangun setelah denyut jantung kembali normal. membersihkan muka. berwudhuk menenangkan hati yang bergelora. menunaikan solat malam sedaya termampu dan seterusnya aku di sini.
menarik perlahan kerusi agar tidak mengejutkan penghuni rumah yang lain. duduk mengadap notebook kecil ini. jari mengetuk papan kekunci seolah-olah mengeluarkan irama seiring kesunyian di pagi itu. kadang-kadang kedengaran salakan anjing yang sayu. airmata yang menitis aku seka dengan hujung baju.
mengapa harus memori itu datang kembali saat aku sudah hampir berjaya melupuskan segala yang pahit itu? mengapa saat aku sudah bangkit dan tersenyum semula, kenangan itu menerjah lagi? apa yang mahu disampaikan? apa yang mahu dibuktikan? apa yang mahu dirungkaikan? apa masih ada rahsia yang sehingga kini belum terselongkar?
bukan senang ingin bangun. bukan senang mengukir senyum untuk tatapan insan sekeliling tatkala hati berperang dengan jiwa. fikiran serabut. nadi tidak teratur. payahnya hidup bersendiri setelah hampir bertahun ada insan yang sering mendampingi. terpaksa ditinggalkan dan meninggalkan kerana kehendak orang celaka di sekeliling. cuba berfikiran positif saat batin meronta menyalahkan Yang Satu. kamu fikir semua itu senang?
tiada apa lagi yang tinggal. hanya jasad tanpa jiwa. hanya senyuman tanpa manisnya. hanya ceria tanpa rasa gembira. hanya ketawa tanpa nada girang. kamu buat dia pergi jadi aku akan kekal begini.
p/s: tiada kene mengena antara hidup atau mati. bosan. jadi cuba mengarang
No comments:
Post a Comment