assalammualaikum...
jiwa: aku taknak balik!
hati: kau ni pehal? sawan?
jiwa: aku taknak balik la! paham tak?!
hati: sampai bila kau nk mcm ni? sampai satu saat nanti kau kene balik jugak
jiwa: kau tau tak,kalau boleh aku nak berlari tanpa henti. kalau aku ada sayap, aku nak terbang tinggi.
hati: sejauh mana pun kau berlari, kau akan berhenti kerana lelah. setinggi mana pun kau terbang, kau akan hinggap di dahan juga. kau tau kan yang bumi ni bulat? satu saat nanti kau pasti akan kembali ke tempat kau bermula. kau fikir, di muka bumi ni ada tempat yang sempurna untuk bersembunyi?
jiwa: kenapa aku selalu kalah dengan kau?
hati: kerana aku hati dan kau jiwa. kau berkata-kata menggunakan emosi tetapi aku menggunakan akal dan naluri
jiwa: kerana naluri kau lah aku jadi macam ni!
hati: kau silap. bila kau dapat suatu respon yang ganjil dari aku, kau berdegil nak teruskan. itu salah kau kerana terlalu mengikut emosi.
jiwa: aku keliru
hati: dah la. ambil masa tenangkan diri. jangan difikir perkara yang cuma membebani kau dan emosi. berehatlah.
p/s: tiada siapa yang mampu memujuk kita melainkan diri sendiri
No comments:
Post a Comment