Monday, March 26, 2012

TAK TAU NK LETAK TAJUK APA

assalammualaikum..

"awak, saya tak suka la tengok awak pakai macam ni. kalau boleh, biar la saya seorang je tengok awak macam ni"

"awak, saya nak belajar solat balik la."


"awak selalu cantik kalau nak keluar dengan kawan. tak pernah pun bersolek untuk saya"
"tak perlu la bersolek. tak suka tengok lelaki lain pandang awak"


"kalau boleh, nanti saya nak jadi imam untuk awak dan untuk anak-anak kita. awak tolong saya ye"


"awak ingat senang ke nak berubah? saya tengah cuba ni! sabar la!"


"awak, nanti tolong tuliskan ayat-ayat ni dalam tulisan rumi ye. biar senang nak baca dan hafal"


"saya tak suka baca buku tapi kalau awak dah nak belikan, saya terima je la"

sedikit demi sedikit. perlahan lahan.
ada kebiasaan yang kadang kala ambil masa untuk diubah.
seperti bila kita dah biasa makan pedas.
suatu hari, kita disahkan gastrik.
terpaksa buang sifat kita yang suka makan pedas.
pasti tidak secara tiba-tiba kan?
sedikit. demi sedikit.
setapak demi setapak.

tapi ada jugak kadangkala kita tersilap langkah.
ada jugak kadangkala tekak terasa ingin makan pedas lagi.
sakit!perih! tapi kita tahan. sebab kita tahu itu salah kita.

"setiap apa yang kita lakukan, pasti bermula dengan niat" -IZMAR-

melihat seseorang berubah di depan mata aku, kadangkala buat aku rasa terharu.
lalu aku berfikir, akan tibakah masa aku?
mutiara jernih gugur.
ada sesuatu yang mengusik tangkai hati.
mampukah?

biarlah aku berubah kerana Dia sebab itu akan lebih bertahan lama. ;)