Sunday, March 18, 2012

STOP BLAME EACH OTHER!

assalammualaikum..

berkurun lama tak singgah di sini.. pasti ada sesuatu bukan?
terlalu sibuk walaupun sem 6 baru bermula 2 minggu.
esok exam tapi izinkan aku berkongsi cerita..


Walaupun aku sendiri agak masih mentah untuk bercerita tentang perhubungan jarak jauh, namun ada sesuatu yang ingin aku sampaikan.. IA BUKAN MUDAH.

Cinta pertama aku cinta jarak jauh.. Kami tidak bersekolah di sekolah yang sama.Hanya berjumpa di hujung minggu. Walaupun dia duduk di sekitar gombak juga tapi pemergian aku meneruskan perjuangan ke MRSM membuatkan hubungan kami sedikit goyah. Sebelum aku, gadis pertama dia meninggalkan dia kerana tidak percaya pada cinta jarak jauh. Namun, aku yakinkan dia.

Yang penah sekolah berasrama penuh pasti tahu betapa padatnya jadual. Tapi aku tetap sisakan sedikit masa untuk dia. Namun makin lama hubungan jadi makin hambar. Alasan dia, aku sentiasa tiada saat dia memerlukan aku. Masuk akal sebab dia sentiasa bersama telefon bimbitnya Sedangkan aku terpaksa bangun awal setiap pagi sabtu untuk berebut pondok telefon. Hanya untuk dia.

Anggap sahaja cerita itu cinta monyet. Pengakhiran yang menyakitkan tapi turut mengajar aku banyak perkara. Yang buat aku kecewa dua tahun lamanya. Yang buat aku membawa diri setiap kali ke tempat yang sering kami pergi berdua.

Dia mendiamkan diri lalu ada seorang jejaka datang ingin mengubat luka. Pada mula, aku cuma sekadar ingin mengisi rasa kesunyian. Dua tahun aku pertaruh kesetiaan sampaikan tiada yang berani mendekati disebabkan ketegasan aku. Sampai satu saat, aku melihat jejaka ini benar-benar serius ingin menjalinkan sebuah perhubungan. Kalau dulu ayat yang ditanya "awak nk couple dengan saya tak?" tapi yang ini berbeza.

jejaka: Saya ni tak sempurna. tiada harta. Awak sendiri dah lihat hidup saya. Kerja saya pun hanya kerja biasa.
saya: Saya tak pandang semua tu. Yang penting keikhlasan hati.
jejaka: Betul awak tak kesah?
saya: Satu je saya nak tanya. Ke mana hala tuju kalau betul awak serius dengan saya?
jejaka: Kalau boleh, saya nak awak jadi isteri saya.

Titik. Kami berdua kemudian membawa haluan masing-masing. Seorang di johor bahru. Seorang di kuala lumpur. Dia dengan tekadnya memperisterikan aku. Namun tentangan keluarga menyukarkan dia meneruskan langkah. Namun, aku yakin dengan dia.

Setahun.. aku diterima menyambungkan pelajaran di kolej di PJ. Mengetahui masa kami untuk berdua semakin singkat, setahun itu dimanfaatkan sebaik mungkin. Bersarapan bersama, dinner bersama. Susah senang bersama.

Kemudian, cabaran paling besar muncul. Aku ditawarkan ke bidang perubatan. Taraf kami berdua mula dipertikai. Dia tidak pernah menyuruh aku menarik diri walaupun bidang itu amat tidak aku minati.

jejaka: dah dpt tawaran. Bukan senang. Tunjukkan pada mereka yang awak takkan lupa saya walaupun awak dah berjaya nanti. Jangan risau. Saya tetap akan sayangkan awak.

Kami amat jarang bersua muka. Tapi itu yang menyemai rasa rindu. Dia 9 tahun lebih tua dari aku. Sudah bekerja dan sangat sibuk.

saya: Hello, awak.. Saya ada benda nak cakap.
jejaka: Saya busy.

Talian diputuskan. Airmata mengalir. Tersentuh hati namun tidak pernah terfikir untuk berhenti di situ. Perlahan-lahan cuba menerima dan sekarang sudah terbiasa. Hanya telefon saat perlu dan pandai mencari masa ketika dia tidak sibuk.

Pejam celik, pejam celik. Lima tahun sudah kami bersama. Hanya setahun kami berdekatan. Selebihnya jarak memisahkan. Persefahaman, kepercayaan, kejujuran aku anggap kunci utama.

Marah? pasti! Aku masih berdarah muda. Kalau bertelagah tak sah kalau tak jerit-jerit. Tapi itu dulu. Kami akan berhenti seketika sebelum meneruskan perbualan. Biar masing-masing bermuhasabah diri seketika.

Cemburu? Selalu! Bukankah itu tanda sayang? Tapi tidaklah membabi buta. Bertanya dan dapatkan kepastian. Tidak percaya lagi? Uji kesetiaan itu.

Bosan? Aku pernah terlalu sibuk dengan persatuan dan dia terlalu sibuk dengan kerja. Kami duduk berbincang dan ambil jalan tengah. Ye, duduk berbincang. Jangan saling menuding jari dan hubungan itu pula jadi pertaruhan.

Itu belum lagi kisah cinta kami yang sering dilanda ombak. Ada yang tidak menyenangi. Kisah orang ketiga. cuba merosakkan dan membawa aku pergi jauh dari dia.

Tapi itu semua bukan alasan! Tetapkan niat dan berusaha ke arah situ. Pasti dipermudahkan.
Kami bukan ingin berbuat jahat malah inginkan satu perhubungan halal.

Bukan senang bercinta jarak jauh. Aku tidak tahu apa dia lakukan setiap masa. Dan dia juga begitu. Namun kami letakkan kepercayaan di tangga teratas. Kejujuran setelahnya. Memahami selepas itu. Jangan mudah melatah.

Mungkin kisah aku berbeza sebab si dia telah terlebih dahulu merasa asam garam kehidupan. Aku cuma bergantung harap pada dia. Lagi pun, untuk merealisasikan kata-kata dia, aku harus menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran.

Wanna know me? i'm sory. taken.

Jadi, untuk di pasangan luar sana, sebelum mengambil keputusan menjalinkan hubungan jarak jauh, fikirkan dahulu baik buruknya. dan putuskan secara baik.

bukan setelah hubungan tidak berjaya, mula menjaja cerita ke sana ke sini. menyalahkan antara satu sama lain. ingat! kamu dan dia di tempat berbeza. dia ada hidup dia, dan kamu ada hidup kamu.

STOP BLAME EACH AND MOVE ON WITH YOUR LIFE. Jangan buat cerita berat sebelah.

buat jejaka aku, terima kasih sebab sudi menjalinkan hubungan selama ini. terima kasih sebab buatkan pertemuan itu sentiasa pertemuan pertama kali. ^__^

3 comments:

Alma said...
This comment has been removed by the author.
Alma said...

kalau ada butang like, dah klik dah. hahahaha :)

p.s selamat menjadi istwri solehah shah :')

Epal Hijau Masam said...

alma: haha~ insyaAllah.. doakan aishah ek.. ;)