Monday, January 31, 2011

ku pohon yang terbaik untuk kalian

assalammualaikum..

bangun pagi terus mengadap laptop.. blur sekejap sebab ramai yang risau tentang rakan-rakan mereka di mesir. ok.. apakah yang sedang berlaku?

tersedar dari lamunan seketika! rusuhan di mesir itu! yang baru semalam dijadikan berita saat berhalaqah.. oh ye! aku punya ramai teman di sana.. di alexander.. di monsaurah (aku tak reti eja yang ni).. aku harap mereka-mereka di sana sihat-sihat sahaja..

semalam aku dengar khabar mereka baik-baik walaupun bekalan elektrik dan komunikasi sudah terputus. tapi hari ini setelah aku menerjah blog yang kawan aku bagi, sedikit demi sedikit kerisauan memuncak..

apa khabar teman di sana?
sihatkah?
sudah makankah?
dapatkah kalian terlena?

wahai puteri-puteri di tempat darurat itu..
jaga diri kalian..
kami di sini mendoakan agar kalian sentiasa di bawah lindunganNya..

dalam sibuk mencari maklumat lebih lanjut, perlahan bibir aku mengucapkan syukur..
di tanah seberang ini juga pernah bergolak..
kami juga pernah diancam..
tapi tidak seteruk mereka..
sampai diisytiharkan darurat..
semua bekalan diputuskan..
kami masih boleh keluar ke mall-mall pada waktu siang..
masih selamat ke warteg membeli makanan..
dan cuma dinasihatkan lebih berjaga tatkala malam melabuhkan tirai..

aku harap mereka akan dievakuasi secara keseluruhan dan dibawa pulang ke malaysia dengan selamat..

No comments: