Wednesday, January 26, 2011

dua puluh tiga haribulan

assalammualaikum..

23hb setiap bulan merupakan satu tarikh yang dinantikan oleh aku..
why?
sebab tarikh masuk elaun.. yahhhoooo!!

tapi tak best bila tarikh tu jatuh pada waktu cuti..
tak kira la cuti am ke, cuti hujung minggu ke.. janji cuti!
sebab elaun akan ditunda keesokkan harinya.. mungkin dua hari selepas itu.. mungkin tiga..

bila ura-ura elaun akan masuk..
so, aku akan mengadap kat depan laptop duk refresh cimbclicks punya akaun..
hehehe..
so, kalau nampak je jumlah bertambah, aku le yang melompat dulu dan tak sabar-sabar nak g atm..
hahaha..
dan dalam masa seminggu atau dua, nombor 6 angka bakal merosot dengan semaksimal mungkin.. -_-"
dari OKB menjadi OKM pulak~
kahkahkah!

saya sangat boros dan saya tak ok!
haish.. kene berubah jadi berjimat cermat..
kene kontrol kewangan masa kini..
kene buat bajet 2011.. chewaahh!! poyo semata-mata..
takpe, yang penting niat..

23hb..
mari datang dengan cepat..
tapi duit, sila abis perlahan-lahan sampai 23hb pada bulan seterusnya tiba..

p/s: sendirian di rumah.. bosan.. sudah tukar pakai simkad 3.. tp sama sahaja~

No comments: