Monday, March 19, 2012

MOGA HIKMAHNYA TERLIHAT NANTI

assalammualaikum~

pagi tadi exam. lambat. macam biasa~
soalan? tak sah la kalau tak susah.
dan pasti lah keluar yang kita tak baca betul-betul kan?
TT_TT

hantar surat sakit roomate pada PSSK.
sambil itu bertanya sekali tentang ujian praktikum mikro yang aku tidak ambil pada semester 4 lantaran terlantar di rumah sakit.
jawapan putar belit. sakit hati. tidak apa. kita cari jalan lain.
yang penting, harus tamat tepat waktu!
kalau tidak, honeymoon la jawabnya~ kehkehkehkeh
so, salah satu. bila fikir-fikir balik, dua-dua ada hikmahnya yang tersendiri.
jadi, mari bersangka baik!


balik rumah, call buah hati tersayang. kononya nak curhat la.
tapi lagi satu masalah datang lagi.
dugaan. dugaan.
dengan hujan ributnya, memang padanlah dengan kepala yang tengah berserabut.

ditakdirkan hidup sebagai seorang nomad
aku berpindah lagi
macam-macam konflik.
tapi ini mungkin jalan terbaik.

hanya mampu berserah
moga hikmahnya terlihat nanti

p/s: sayang nak tinggalkan ibu kost yang baik hati tu. walaupun kadang-kadang terselit rasa tak senang, tapi secara keseluruhan, ibu memang seorang yang baik dan mengambil berat

p/ss: berpisah dengan kostmate. semoga dia pandai jaga diri. jangan selalu sakit. jangan tension-tension. cepat keluar rumah sakit sayang~

Sunday, March 18, 2012

esok exam.. ye! esok exam~

assalammualaikum..

untuk menyembunyikan sedikit kejanggalan sebab post merapu di bawah, cover dengan post ni.. lalalala~
esok exam untuk blok SPECIAL SENSE. tapi hari jumaat malam, my kostmate masuk hospital..
wish her get well soon..

STOP BLAME EACH OTHER!

assalammualaikum..

berkurun lama tak singgah di sini.. pasti ada sesuatu bukan?
terlalu sibuk walaupun sem 6 baru bermula 2 minggu.
esok exam tapi izinkan aku berkongsi cerita..


Walaupun aku sendiri agak masih mentah untuk bercerita tentang perhubungan jarak jauh, namun ada sesuatu yang ingin aku sampaikan.. IA BUKAN MUDAH.

Cinta pertama aku cinta jarak jauh.. Kami tidak bersekolah di sekolah yang sama.Hanya berjumpa di hujung minggu. Walaupun dia duduk di sekitar gombak juga tapi pemergian aku meneruskan perjuangan ke MRSM membuatkan hubungan kami sedikit goyah. Sebelum aku, gadis pertama dia meninggalkan dia kerana tidak percaya pada cinta jarak jauh. Namun, aku yakinkan dia.

Yang penah sekolah berasrama penuh pasti tahu betapa padatnya jadual. Tapi aku tetap sisakan sedikit masa untuk dia. Namun makin lama hubungan jadi makin hambar. Alasan dia, aku sentiasa tiada saat dia memerlukan aku. Masuk akal sebab dia sentiasa bersama telefon bimbitnya Sedangkan aku terpaksa bangun awal setiap pagi sabtu untuk berebut pondok telefon. Hanya untuk dia.

Anggap sahaja cerita itu cinta monyet. Pengakhiran yang menyakitkan tapi turut mengajar aku banyak perkara. Yang buat aku kecewa dua tahun lamanya. Yang buat aku membawa diri setiap kali ke tempat yang sering kami pergi berdua.

Dia mendiamkan diri lalu ada seorang jejaka datang ingin mengubat luka. Pada mula, aku cuma sekadar ingin mengisi rasa kesunyian. Dua tahun aku pertaruh kesetiaan sampaikan tiada yang berani mendekati disebabkan ketegasan aku. Sampai satu saat, aku melihat jejaka ini benar-benar serius ingin menjalinkan sebuah perhubungan. Kalau dulu ayat yang ditanya "awak nk couple dengan saya tak?" tapi yang ini berbeza.

jejaka: Saya ni tak sempurna. tiada harta. Awak sendiri dah lihat hidup saya. Kerja saya pun hanya kerja biasa.
saya: Saya tak pandang semua tu. Yang penting keikhlasan hati.
jejaka: Betul awak tak kesah?
saya: Satu je saya nak tanya. Ke mana hala tuju kalau betul awak serius dengan saya?
jejaka: Kalau boleh, saya nak awak jadi isteri saya.

Titik. Kami berdua kemudian membawa haluan masing-masing. Seorang di johor bahru. Seorang di kuala lumpur. Dia dengan tekadnya memperisterikan aku. Namun tentangan keluarga menyukarkan dia meneruskan langkah. Namun, aku yakin dengan dia.

Setahun.. aku diterima menyambungkan pelajaran di kolej di PJ. Mengetahui masa kami untuk berdua semakin singkat, setahun itu dimanfaatkan sebaik mungkin. Bersarapan bersama, dinner bersama. Susah senang bersama.

Kemudian, cabaran paling besar muncul. Aku ditawarkan ke bidang perubatan. Taraf kami berdua mula dipertikai. Dia tidak pernah menyuruh aku menarik diri walaupun bidang itu amat tidak aku minati.

jejaka: dah dpt tawaran. Bukan senang. Tunjukkan pada mereka yang awak takkan lupa saya walaupun awak dah berjaya nanti. Jangan risau. Saya tetap akan sayangkan awak.

Kami amat jarang bersua muka. Tapi itu yang menyemai rasa rindu. Dia 9 tahun lebih tua dari aku. Sudah bekerja dan sangat sibuk.

saya: Hello, awak.. Saya ada benda nak cakap.
jejaka: Saya busy.

Talian diputuskan. Airmata mengalir. Tersentuh hati namun tidak pernah terfikir untuk berhenti di situ. Perlahan-lahan cuba menerima dan sekarang sudah terbiasa. Hanya telefon saat perlu dan pandai mencari masa ketika dia tidak sibuk.

Pejam celik, pejam celik. Lima tahun sudah kami bersama. Hanya setahun kami berdekatan. Selebihnya jarak memisahkan. Persefahaman, kepercayaan, kejujuran aku anggap kunci utama.

Marah? pasti! Aku masih berdarah muda. Kalau bertelagah tak sah kalau tak jerit-jerit. Tapi itu dulu. Kami akan berhenti seketika sebelum meneruskan perbualan. Biar masing-masing bermuhasabah diri seketika.

Cemburu? Selalu! Bukankah itu tanda sayang? Tapi tidaklah membabi buta. Bertanya dan dapatkan kepastian. Tidak percaya lagi? Uji kesetiaan itu.

Bosan? Aku pernah terlalu sibuk dengan persatuan dan dia terlalu sibuk dengan kerja. Kami duduk berbincang dan ambil jalan tengah. Ye, duduk berbincang. Jangan saling menuding jari dan hubungan itu pula jadi pertaruhan.

Itu belum lagi kisah cinta kami yang sering dilanda ombak. Ada yang tidak menyenangi. Kisah orang ketiga. cuba merosakkan dan membawa aku pergi jauh dari dia.

Tapi itu semua bukan alasan! Tetapkan niat dan berusaha ke arah situ. Pasti dipermudahkan.
Kami bukan ingin berbuat jahat malah inginkan satu perhubungan halal.

Bukan senang bercinta jarak jauh. Aku tidak tahu apa dia lakukan setiap masa. Dan dia juga begitu. Namun kami letakkan kepercayaan di tangga teratas. Kejujuran setelahnya. Memahami selepas itu. Jangan mudah melatah.

Mungkin kisah aku berbeza sebab si dia telah terlebih dahulu merasa asam garam kehidupan. Aku cuma bergantung harap pada dia. Lagi pun, untuk merealisasikan kata-kata dia, aku harus menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran.

Wanna know me? i'm sory. taken.

Jadi, untuk di pasangan luar sana, sebelum mengambil keputusan menjalinkan hubungan jarak jauh, fikirkan dahulu baik buruknya. dan putuskan secara baik.

bukan setelah hubungan tidak berjaya, mula menjaja cerita ke sana ke sini. menyalahkan antara satu sama lain. ingat! kamu dan dia di tempat berbeza. dia ada hidup dia, dan kamu ada hidup kamu.

STOP BLAME EACH AND MOVE ON WITH YOUR LIFE. Jangan buat cerita berat sebelah.

buat jejaka aku, terima kasih sebab sudi menjalinkan hubungan selama ini. terima kasih sebab buatkan pertemuan itu sentiasa pertemuan pertama kali. ^__^

Wednesday, January 25, 2012

EXAM!! EXAM!! EXAM!!

assalammualaikum!!!

yo, whassuupppp~~??

hehehe..

jam 11 nanti akan masuk ke ruang peperiksaan..
entah untuk ke berapa kalinya~

doakan aku, dia dan mereka dapat jawab dengan sempurna..
semoga kami dikurniakan ingatan seperti para Nabi-nabi~

itu je. bye!

SELAMAT BERJAYA KEPADA SEMUA MAHASISWA UKRIDA DALAM MENEMPUH INTEGRASI 2 YANG TERAKHIR UNTUK SEMESTER 5 

Tuesday, January 24, 2012

ehem2.. meh sini jap. nak bgtau

assalammualaikum..

DENGAN SUKACITANYA SAYA MEMAKLUMKAN ESOK SECARA TIDAK RASMI SAYA AKAN TAMAT TAHUN KE 3 SEM 5!!!! 

tapi modul tak abis bace lagi untuk exam besok... T_T

Saturday, January 21, 2012

rindu. sangat-sangat.

assalammualaikum..

aku kesat tubir mata yang basah tiba-tiba.
tolong jangan banjir.
hati sila tabah.
aku ulang ayat tu banyak kali.
tapi hati tetap rasa sebak.

kenapa?
entah.
semalam aku ingin bercerita tapi si dia sibuk kerja.
"abang, nak cakap dengan abang"
"abang tengah busy. tidurlah dulu. nanti tak boleh tidur, call lagi"

aku bangun pagi dengan harapan ada missed call.
kosong.
on laptop.
aku jenguk blog dan blogwalking sekejap.
semua pun nak post sedih.
dada aku rasa sakit tahan.

lost sekejap.
keliru.

capai henset.
cari no.
tapi bila nak tekan butang hijau, terbantut.
'dia penat, janganlah ganggu'

aku tarik nafas dan di sini aku.
sila jangan fikir bukan-bukan.
aku cuma rasa kosong.
rasa kosong yang buat aku sedih.
dan aku tak suka rasa tu.

k lah.
aku nak pegi masak spaghetti sos carbonara.
saat stress, makanan lah yang boleh buat orang gembira.

Friday, January 6, 2012

tarikh itu semakin hampir

assalammualaikum!!

hai 2012!!
tamat sudah tahun 2011 yang bagi aku penuh pancaroba dan onak duri.
macam-macam jadi.
pahit manis.
pengajaran dan tauladan.
simpan kemas-kemas dan ketat-ketat dalam hati.
mari jadi lebih kuat dan tabah!

azam?
oh, dh buat masa tahun baru hijrah..
apa dia?
rahsia la~

lalalalala..

baru balik bercuti! yeay~ dan akan cuti lagi sebulan.. *jemu le org asyik tengok muka aku*
satu hal dah settle..
tinggal hal-hal yg beso-beso pulak..
nk bincang tu, nak bincang ni..
orang sana nak macam ni, orang situ nak macam tu..
last-last, aku chow balik jakarta..
hehehe..

kita jupe lagi februari dan kita settle everything ok!

n thanks dear for such a lovely holiday..
walau kita jumpa cuma sekejap..
dan saya faham awak penat..
baru balik kerja dan nak kena layan kerenah tunang yang cerewet macam hape ntah..
sabo je la ek~

terima kasih atas segala perhatian dan keterbukaan dalam membincangkan masalah kita berdua..
saya rasa kita semakin matang dan harapnya berterusan sehingga ke akhir hayat..

awak..
saya nangis sebab saya takut rasa rindu..
sebab awak buat saya terharu..
sebab awak terima saya seadanya sehingga sekarang..
sebab akhirnya awak faham apa saya nak..
dan awak pun dah bagitau apa yang awak nak..

baru tiga hari..
tapi saya sudah rindu di sini..
tapi saya sudah berjanji untuk tahan airmata ini!

semoga tahun baru ini memberi lebih makna buat aku, dia, kami dan kamu semua!