Friday, November 15, 2013

jakarta winter sekarang oi!

assalammualaikum...

fuh3! tiup sikit sawang2 ni
lap sikit skrin berhabuk seinci

amboi, amboi, amboi
sejak klinikal jarangnya la singgah blog ye
macam la sibuk sangat

jakarta dh masuk musim hujan
dari awal november
petang je hujan
sambung malam
pastu renyai-renyai
bilik aku yang dah memang sejuk tu
jadi macam pakai aircond je

eh!
bulan november dah weyh!
pastu bulan disember
hari ini 15 november
pastu 30 disember
siapa teruja angkat tangan!

dah 4 rotation aku klinikal
entah dah berapa bulan aku rasa hidup tunggang langgang
ada hikmahlah aku tak duduk dengan suami sampai habis belajar
kalau tak.....

tapi hidup mesti diteruskan bukan?
apa la nak dibanding tekanan masa klinikal nk dibandingkan HO?
maki hamun? makanan harian
dipanggil nurse oleh pesakit? takpe, tak habis belajar lagi
esok presentasi malam sebelumnya oncall? come on, be tough!

*berlinang air mata*
diikutkan hati tak terdaya lagi nak membawa diri
terasa dunia itu bukan milik aku
terasa aku tak layak di situ
terasa makin jauh dari jiwa
terasa memberontak namun kaki berat melangkah

kenapa aku di sini?
kenapa di jalan ini?
aku tak diberi pilihan untuk memilih
dan akhirnya mengharungi semua sendiri lagi

abah selalu call
minta pendapat pasal masa depan adik-adik
jawapan aku
"tanya apa yang dia nak. apa yang dia minat. jangan dipaksa. jangan pisang berbuah dua kali"

aku hampir jatuh menyembah bumi buat yang kesekian kalinya
yang dulu paling yakin berdiri depan orang ramai
yang dulu dengan fasih memberikan penerangan
yang dulu tanpa segan silu bertanya itu dan ini
yang dulu masih belajar buka buku untuk mencari tahu

tapi yang sekarang
tak memahami walau sepatah yang diucapkan sendiri
yang terketar-ketar presentasi depan seorang doc dan 8 teman sejawat
yang berdiam diri membisu dan tertekan sebab tak faham
yang balik rumah cuma tidur dan buku di pinggir katil

jauh sangat rasa jiwa.
patah hati.
sakit hati.

tapi dalam diam jugak
ada tangan yang peluk aku dari belakang
ada bisikan merdu yang tak pernah jemu bagi semangat
ada jari yang sapu airmata yang mengalir
ada senyuman manis yang buat hati keras aku luluh
ada gelak tawa yang bawa pergi hiba
ada bahu untuk aku bersandar

setahun lagi
perlu kuat untuk itu
perlu kuat untuk dia
perlu kuat untuk mereka

doakan aku
doakan teman-teman sejawat aku yang senasib dengan aku



No comments: