Saturday, April 13, 2013

kamu buat aku tidak keruan sayang~

assalammualaikum..

"abang tak kisah kalau abang rindu. abang risau kalau awak yang rindu dekat abang nanti"

ya. serindu rindu dia pada aku tak separah rindu aku pada dia.
hampir tiada kerja yang menjadi nanti.
menghitung hari.
dan hari itu akhirnya tiba.

mengakhiri persediaan kelas untuk menjalani klinikal tamat sudah.
isnin ini akan ke tempat baru.
menempuh kehidupan pelajar perubatan yang sebenarnya.
berhadapan dengan pesakit yang sakit sesungguhnya.
bukan cuma lakonan.
bukan cuma baca skrip yang telah dikarang.

seminggu di koja dulu untuk pre-klinikal sudah cukup buat aku terseksa.
tiada internet.
hanya panggilan menjadi pengantara.
itu pun bukan setiap hari.
peritnya menahan rindu dengan memaniskan wajah.

aku harap semua ini berbaloi.
aku harap dengan kesepian yang melanda menyemai lebih rasa sayang.
aku harap kekosongan itu mengisi lebih rasa cinta.

abang, isterimu melanjutkan ke tahap seterusnya.
semoga abang terus di sisi menyokong dari jauh.

i love you.
n only you.

1 comment:

Condoriano said...

Tolong pesakit niat kerana Allah, mulia tu :)
Semoga Allah permudahkan kerja.