assalammualaikum..
setelah hampir 11 tahun tanpa berita kehilangan, terjaga sahaja dari tidur, aku terima satu berita sedih..
to' ki (atuk belah ayah) telah pun menyahut seruan Illahi.. kembali kepada Pencipta. terdiam, terkelu..
perlahan airmata menitis..
walaupun kadang-kadang aku tak paham apa yg to' ki cuba sebut tapi aku tetap sayang..
walaupun aku jarang balik, tapi aku tetap ingat..
dan aku berniat nak balik melawat arwah yang memang sedang sakit buah pinggang cuti krismas ni tapi ajal lebih awal telah menjemputnya..
berjurai air mata tak berhenti.. hampir bertahun tak bertemu dan untuk terakhir kali juga aku tidak dapat menatap muka itu.. yang tinggal nanti, hanya sebuah pusara..
esok exam integrasi.. pasport takde sebab nk perpanjang kittas.. hati aku meronta nak balik!!
untuk seisi keluarga terutama utk ayah aku, tabahkan hati..
Al-Fatihah untuk to' ki..
semoga semuanya berjalan lancar..
oh, air hujan sedang mencurah turun..
utk kesekian kalinya, hujan itu mencurah dengan deraian airmata aku..
semoga to' ki ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
1 comment:
untuk merasa kehilangan adalah satu nikmat dari Ilahi..setiap yg hidup pasti merasai kematian..moga arwah diampunkan dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman, insyaAllah..Allah menyayangi insan yang punya sifat kasih sayang dan adil..moga tabah hadapi pemergian even tak sempat tatap wajahnya buat kali terakhir, moga bertemu di "sana", insyaAllah..
Post a Comment