Tuesday, October 11, 2011

saling cabar mencabar but at the end dua2 give up then gelak dgn perangai masing2

assalammualaikum..

sebenarnya, selepas apa yang berlaku, aku cuba taknak cerita pasal relationship aku kat blog ni..
sbb aku taknak orang tu bace..
ye, orang yg pernah cuba nak hancurkan hubungan aku dengan orang yang sayang aku..
sayang aku sangat-sangat..

tapi bila aku pikir-pikir balik, tak berbaloi...
dia dah bahagia di sana dan aku pun sentiasa doakan dia bahagia..
so, aku harap dia takkan kacau aku lagi dah lepas ni sebab tengok aku bahagia..

5 tahun perhubungan..
jatuh bangun..
suka duka..
maki hamun..
kami jadi semakin matang..

ye, kami putus sebentar selepas peristiwa itu..
hampir sebulan aku mendiamkan diri..
membiarkan diri dia sendirian terkapai kapai mendapatkan aku kembali..
mungkin jodoh kami kuat..
sebab sejauh mana aku pergi, aku akan tetap kembali pada dia..
separah mana hati aku remuk, dia tetap masih dapat memberikan sinar..

walaupun ada yang lain cuba mendekati tapi maaf..
hati aku tertutup untuk yang lain..

selepas apa yang terjadi..
aku amik keputusan mulakan yang baru..
lima tahun dia di belakang aku..
menyokong apa yang aku lakukan..
tahan dengan perangai degil dan mengada aku..
besar kepala..
tapi hanya dia yang boleh buat aku tersenyum saat airmata duka mengalir..
dia ajar aku untuk tabah..

dan kini..
hubungan ini sudah tidak macam dulu..
cemburu jadi bahan gelak ketawa..
sebab masing-masing dah tahu hati masing-masing yang memang sudah terikat..
persengketaan cuma bertahan sejam dua..
kadang-kadang cuma 5 minit..
sebab kami dah rasa sakitnya sebuah perpisahan..
cabar-mencabar yang berakhir dengan gurau senda sebab tak mampu tanggung rindu..

dan saat ini..
ketika ini..
aku akan terus menulis mengenai dia..
mengenai jejaka yang dah bertakhta di hati ini..
jika masih ada niat ingin menghancurkan..
aku tegaskan sekali lagi..
"jodoh di tangan Tuhan.. sekuat mana kamu berusaha jika dia bukan milik kamu, kamu takkan dapat dia.. tapi jika dia jodoh kamu, sekuat mana org berusaha memisahkan, di akhirnya kamu akan tetap bersatu"

serik??
pasti! sebab itu fb aku hanya untuk orang tertentu..
sbb "dia" mengajar aku bahawa sedara sendiri kadang-kadang boleh jadi duri dalam daging..

dan untuk jejaka itu..
terima kasih sayang!!
dan tahniah!
sebab akhirnya doa kita dimakbulkan!
dan saya bahagia tengok awak yang sekarang~

No comments: