"saya boleh jadi seorang kawan yang sangat baik dan memahami... tapi jangan mencabar saya.. sebab saya boleh berubah jadi seorang kawan yang jahat dan amat mengjengkelkan.. jangan diusik setangkai hati yang mudah terguris ini"
-si perantau kota-
bulan ramadhan aku kira satu bulan yang amat mulia..
kawan-kawan aku menyambutnya dengan penuh gembira..
tapi puasa pertama aku sahaja sudah bertukar suram..
mungkin aku tersilap langkah di situ..
mungkin ada khilaf terhadap teman-teman di sini..
namun..
aku pohon..
jangan diusik setangkai hati yang amat lunak ini..
terlalu lembut walau sehalus jarum pun mampu meninggalkan luka..
dan bulan yang mulia ini amat tidak layak untuk aku tinggal secalit lagi parut..
biarlah bulan ini berlalu tanpa sebarang duka..
biarlah cuma senyuman menghiasi hari yang mendung..
biarlah aku tenang menjalani ibadah tanpa sebarang pilu..
kadang-kadang aku nampak tabah..
kadang-kadang aku tidak kisah..
dan biarkan aku begitu..
jangan ditegur atau diburukkan lagi..
kerana hati ini sudah acapkali memujuk sendiri..
sepurnama pemergian aku..
kembali mencari sesuatu yang hilang..
kembali untuk berhadapan dengan realiti..
kembali bertemu sang pengarang jantung..
aku harap kisah drama sendu berakhir di sini..
tiada lagi titis mutiara jernih..
tiada lagi jeritan batin meronta lesu..
No comments:
Post a Comment