"biarkan mutiara jernih itu gugur andai bisa menenangkan jiwa"
-shahzi07-
andai tiada kata yg mampu terlafaz..
cukuplah jika kau melepaskan beban di dada dgn tangisan..
aku mungkin hanya cuma mampu memandang..
kerana tiada apa yg bisa aku bantu jika tiada sebarang kata yg terungkap..
aku hanya mampu berada di sisi..
terus memberikan semangat tanpa henti..
dan jika kau perlukan bahu utk tempat melepaskan beban, aku ada di sini menanti..
luka di jari mungkin masih boleh terlihat dgn mata kasar..
tapi luka di hati boleh sahaja terselindung di sebalik senyuman manja itu..
aku paham jika kau masih belum bersedia bercerita..
masih belum bersedia merobek kembali parut di hati..
bersabarlah..
setiap kejadian pasti ada hikmah di hati..
dan menangislah..
andai itu membawa awan mendung berlalu pergi..
aku mintak maaf kerana terkadang dikuasai emosi..
aku susun sepuluh jari kerana terkadang kalah dek ketidakwarasan diri..
jika kau perlukan masa..
aku akan pergi membawa diri..
tetapi tetap memerhati dari jauh dirimu yang sunyi..
aku tinggalkan kata ini buat dikau sendiri..
merenung kata2 pengantar diri..
No comments:
Post a Comment