assalammualaikum...
di keheningan malam ini aku merenung sang bulan..
yang terlindung dek kegelapan awan..
lalu tergambar wajah2 mereka nun di sana..
jangan ditanya mengapa..
jangan ditanya bila..
jangan juga ditanya di mana..
kerana aku juga tidak punya jawapan..
untuk semua persoalan..
kadang-kadang aku cube pejamkan mata..
sambil mengenggam erat bingkai gambar itu..
seolah ku serap semangat dari si dia..
agar terus tabah menghadapi teka teki kehidupan..
namun aku tetap manusia biasa..
ada masa aku tewas dek godaan dunia..
aku terleka dalam titisan air mata..
aku hanyut dalam gelora resah di jiwa..
yang terdaya hanya mampu menadah tangan..
kepada yg Esa di atas..
agar dikuatkan hati menghadapi ranjau..
yg semakin hari semakin berliku dipenuhi duri..
aku bukan manusia sempurna!
aku juga punya rasa marah!
aku juga punya emosi sendiri!
aku juga punya hati yang sensitif...
aku mengerti seandainya mereka tidak memahami..
kerana mereka juga manusia biasa...
di keheningan malam ini..
sekali lagi keyboard dibasahi titisan mutiara..
yg jatuh dari kelopak mata sang pencinta..
masih setia mencari erti kebahagiaan..
yang selama ini dinanti penuh erti...
~aishah~
No comments:
Post a Comment