bunyi rintik hujan saat itu..
buat aku mengelamun sendiri...
mengenang kembali detik sepi..
yang hadir dengan sendiri..
kita berhadapan tetapi hanya membisu..
mulut ingin berbicara tetapi lidah ternyata kelu..
jantung berdegup kencang tetapi badan seperti membeku..
dan saat itu aku hanya mampu menunduk malu..
kita bertemu kerana sudah ditakdirkan..
aku dan engkau bakal disatukan..
dalam ikatan lebih suci..
dan aku bakal bergelar seorang isteri..
airmata bergenang seolah tidak ingin berhenti..
kau pergi saat bahagia sedang menanti..
setelah diijabkabul,kau menghilangkan diri..
segala impian murni kau bawa pergi..
kini aku kembali sendiri..
tetap setia bersama cinta sejati..
kehilanganmu tidak akan ada pengganti..
ku doakan rohmu aman bersemadi...
hujan masih terus memainkan irama..
nada sendu di dalam jiwa..
kau akan terus dalam ingatan selamanya..
kerna kau cintaku yang pertama..
assalammualaikum..
entah ape mimpi tetibe terkeluar lak ayat2 ni..huhuhu..
sbnarnya puisi ni *atau ape2 yg korg nk panggil* aku tujukan khas utk seseorg..
aku tak ingat nama hamba Allah tu sape..
terjadi akhir thn lepas..
marilah sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah suami dia~
*********************************************************************
hmm..
sory kalo puisi kat atas tu tak sedap...
dah lama tak mengarang..
otak pun dah bekarat..
vocab pun dah kurang sjak kat jakarta ni..
huhuh..
kang aku masukkan words indo, tergagau pulak korg carik makne..
hehehe
k la..
setakat ni je..
*aishah will maintain 'jiwang' forever*
No comments:
Post a Comment